Showing posts with label kek melayu. Show all posts
Showing posts with label kek melayu. Show all posts

Saturday

Selamat Tahun Baru 2011..!!!

Menyambut tahun baru 2011 di IOI Boulevard Puchong, di ghairahkan dgn bunga api & pertandingan2 bertempat di Pallette IOI Boulevard. Terletak berseberangan IOI Mall, memang senang dijumpai jika menggunakan LDP atau Lebuhraya Bukit Jalil.

Menu Baru Semperna Tahun Baru

Nasi Beriani merupakan menu utama restoran Melayu franchise ini, dan Laksa Johor & Rosemary Fried Lamb Ribs merupakan hidangan yang paling disukai dan sedap.

Catering Buffet Sedap-sedap


Restoran Beriani IOI Puchong ini juga disukai kerana hidangan buffet katering, yang dijalankan di tempat pelanggan atau tempahan di restoran IOI Boulevard ini.

Friday

Media : Majalah MIDI

Karangkraf dengan sudinya datang ke JM Bangi membuat liputan untuk Majalah MIDI edisi bulan April & Mei 2010. Siti Mariam bersama En Malik sungguh professional menjalankan temuramah & photoshoots, dengan perawakan mereka yang sungguh ramah, menceriakan sesi liputan.

Sedikit tentang JM Bariani House Bangi:
JM Bariani House Bangi merupakan franchisee kepada JM Bariani House yang beribu pejabat di Seksyen 18 Subang Jaya. Puan Jamiah Salleh yang berpengalaman luas dalam F&B menjalankan operasi restoran & katering, dengan bantuan rakan niaga lain, En Muhammad (Logistics & procurement), Azlan (Account & Finance) dan Rahim Jidin (Marketing & Sales).
Selain nasi beriani yang di bawa dari dapur utama JM di Subang Jaya, JM Bariani House Bangi menyediakan menu a'la carte juga Cakes & pasteries yang di buat sendiri di restoran ini. Ini bagi memenuhi selera setiap lapisan pengunjung dengan selera masing2 saperti kanak2, remaja, keturunan bukan Melayu dan juga expatriate. Setiap menu yang dijamukan telah diteliti dengan perinci supaya menepati keaslian rasa nya, saperti Mee Udang, Mee Goreng Kampung, Chicken Chop, Pasta, Kek barat dan kek Melayu (saperti Kek Lapis ini)






'Memasak kek memang memerlukan kepakaran. Tanpa kepakaran, maka ada kala kek yang dimasak tidak enak dan tidak 'menjadi'. Kepakaran itu pula perlu disertai dengan minat supaya kek yang dimasak turut diminati oleh orang ramai. Bagi Jamiah Mohd Salleh, 57, minatnya dalam dunia masakan mencetuskan pelbagai resipi kek yang diilhamkan sendiri melaui kreativiti idea. Namun yang paling diminati ialah Kek Lapis Masam Manis. Kek ini digemari oleh seisi keluarganya kerana keenakan nya dan keistimewaan rasa yang tersendiri. Gabungan rasa masam dan manis boleh membangkitkan selera, kata Jamiah.'

JM Bariani House Puchong : Great place for Family Meal, The delicious beriani.

Update Alert

Subscribe to updates