Friday

Brunch Buffet Istimewa Setiap Ahad 10.30pagi-3.30ptg

Memperkenalkan "Sunday Brunch Buffet" pada setiap Ahad pada 18hb, 25hb Julai dan 1hb Ogos 2010, mula 10.30pagi hingga 3.30 petang. Hanya RM12 kanak2 & RM25dewasa.

Menu termasuk pelbagai Lauk Beriani (Ayam, Daging, Kambing) Lauk masakan Kampong ( Gulai, Kari dan sebagainya) masakan ikan, ketam, udang dan sotong. Juga pencuci mulut (desserts) dari kueh mueh Melayu hingga ke Western desserts, bubur2 dan buah2an segar. Ulaman dan rebusan bersama pelbagai sambal saperti tempoyak, budu, sambal belacan & air asam.
Buffet ini sungguh menyelerakan dan dapat memuaskan setiap peringkat umor. Ramai juga yang membawa rakan2 niaga & pekerja sebagai menghilangkan penat lelah bekerja dihari cuti.














Bawa lah keluarga menjamu Buffet Istimewa ini pada setiap hari Ahad. Kanak2 akan suka membuat pilihan hidangan yang sedap2, dan berjuadah didalam suasana selesa, berhawa dingin & berkerusi sofa.

Tel: 03 80767269, 012-2005681 (Rahim), email jmboulevardpuchong@gmail.com

Media : Majalah MIDI

Karangkraf dengan sudinya datang ke JM Bangi membuat liputan untuk Majalah MIDI edisi bulan April & Mei 2010. Siti Mariam bersama En Malik sungguh professional menjalankan temuramah & photoshoots, dengan perawakan mereka yang sungguh ramah, menceriakan sesi liputan.

Sedikit tentang JM Bariani House Bangi:
JM Bariani House Bangi merupakan franchisee kepada JM Bariani House yang beribu pejabat di Seksyen 18 Subang Jaya. Puan Jamiah Salleh yang berpengalaman luas dalam F&B menjalankan operasi restoran & katering, dengan bantuan rakan niaga lain, En Muhammad (Logistics & procurement), Azlan (Account & Finance) dan Rahim Jidin (Marketing & Sales).
Selain nasi beriani yang di bawa dari dapur utama JM di Subang Jaya, JM Bariani House Bangi menyediakan menu a'la carte juga Cakes & pasteries yang di buat sendiri di restoran ini. Ini bagi memenuhi selera setiap lapisan pengunjung dengan selera masing2 saperti kanak2, remaja, keturunan bukan Melayu dan juga expatriate. Setiap menu yang dijamukan telah diteliti dengan perinci supaya menepati keaslian rasa nya, saperti Mee Udang, Mee Goreng Kampung, Chicken Chop, Pasta, Kek barat dan kek Melayu (saperti Kek Lapis ini)






'Memasak kek memang memerlukan kepakaran. Tanpa kepakaran, maka ada kala kek yang dimasak tidak enak dan tidak 'menjadi'. Kepakaran itu pula perlu disertai dengan minat supaya kek yang dimasak turut diminati oleh orang ramai. Bagi Jamiah Mohd Salleh, 57, minatnya dalam dunia masakan mencetuskan pelbagai resipi kek yang diilhamkan sendiri melaui kreativiti idea. Namun yang paling diminati ialah Kek Lapis Masam Manis. Kek ini digemari oleh seisi keluarganya kerana keenakan nya dan keistimewaan rasa yang tersendiri. Gabungan rasa masam dan manis boleh membangkitkan selera, kata Jamiah.'

Sunday

Liputan Buffet Buka Puasa Ramadhan JM Bariani TV9



Sharifah Shahira dengan sudinya datang ke JM Bariani House Bangi bersama krew TV9 untuk membuat liputan berbuka puasa Ramadhan. Program berbuka Puasa TV9 memaparkan tempat2 menarik untuk berbuka puasa dan boleh dianggap sebagai panduan kepada penonton2 untuk berbuka puasa bersama keluarga.

Kehadziran Sharifah Shahira di JM Bariani House Bangi, dengan celoteh beliau yang bersahaja, personality dan kecantikan beliau memang menceriakan lagi suasana restoran Melayu ini.

Sila baca seterusnya...

Petaling Jaya Section 19, Cawangan Baru Restoran JM Beriani ( Resepi Melayu Johor )


Satu lagi cawangan baru JM, di Petaling Jaya ( PJ ).

Dibuka dari 11.00pagi hingga 10 malam untuk hidangan tengah hari & malam.

Terletak di seberang Bengkel Toyota & berhampiran Mesjid Bulat section 14, Petaling Jaya.

Sila lawati Restoran Melayu ini bersama keluarga untuk makan malam, jika anda berada di Petaling Jaya, Selangor.



~~Ceria, berhawa dingin, lapang & makanan yang sedap2 dari JM.

Thursday

Promosi Harian di JM Beriani (Restoran Melayu)



Saya letak perkataan restoran Melayu kerana masih ada yg beranggapan restoran JM Bariani sebagai bukan Melayu(mungkin sebab nama yang unik). Restoran JM Bariani House Bangi dan Restoran2 JM di seluruh Selangor/ Wilayah Persekutuan adalah 100% bumiputra, dari pengurusan, operasi (masak/dapur) hingga lah setiap franchaise nya. Tanpa was-was lagi memang bersih dan halal.

Setiap hari, di JM Bariani House Bangi, kami membuat promosi berupa pemberian percuma saperti: Beriani daging + sago gula melaka = percuma teh-O-ice-lemon , atau Beriani gam + air buah= percuma creme caramel dan sebagainya..*


Kadang2 kami beri percuma bubur (resepi di tukar setiap hari promo) atau hari ini, ubi kayu rebus diberi percuma kepada setiap pesanan makanan utama (main course).*




Sila lah berkunjung, menjamu selera dengan keluarga atau bersama kawan2.

Wassallam dari kami di JM Bariani House Bangi.



* Promosi harian di atas adalah di JM Bariani House Bangi sahaja, beralamat: 10 & 11G Jalan PB2A, Seksyen 9, Bandar Baru Bangi.


Friday

Hari Ibu 2010, cenderahati cup-cakes dari JM Bariani Bangi


Cupcakes Hari Ibu, Istimewa untuk Ibu2 yg menjamu selera di JM Bariani House Bangi. walaupun memilih menu promosi yg sememangnya istimewa, juadah Ibu2 diiringi dgn Cupcakes sebagai mengenangi jasa Ibu2 yg gigih menjaga keluarga.
Usaha mu di kenang, walaupun tidak ternilai pengorbanan mu..

~~~JM Bariani House Bangi sends this message of love to all mothers~~~ ♥ ♥ ♥






Just Choose any of the above Cup-Cakes to accompany the Mother'd day beriani..

..then see her smiles as she enjoys her delicious meal

Tuesday

Delicious Salads at JM Bariani


Garden salad
Garden Salad dengan dedaun segar yang ranggup,dengan 'Italian dressing'cukup menyelerakan sebagai hidangan permulaan. Kelazatan dedaun semulajadi terserlah dalam hidangan ringan dan menyegarkan ini.


Roasted Chicken Salad
JM Bariani Bangi juga menyediakan hidangan salad istimewa untuk yang sedang berdiet. Roasted Chicken Salad menemukan cebisan ayam panggang bersama 'garden salad' & 'Waldorf'. Kelazatan manis ayam panggang disertai dedaun salad ranggup & 'waldorf' yang menyegarkan memberi kepuasan kerana kesedapan tiga rasa ini beradun rasa oren dalam 'dressing'.

Monday

Madu dalam bentuk Pil?

Tadi kawan ada bagi sample madu berbentuk pil.

Pil sebesar dan rupa saperti panadol. Pepat saperti pil biasa & tidak lekit. Rasanya manis saperti madu tetapi tiada 'tengit', tidak cair terlalu cepat dan boleh dikunyah tanpa melekat di gigi. Saya difahamkan, rasa strawberi nya adalah dari pati buah strawberi (bukan perisa tiruan), sebagai mempelbagaikan perisa pil madu ini.


Khasiat madu memang telah dinyatakan dari zaman tamaddun manusia lagi dan telah disahkan didalam pelbagai kajian saintific.

Dapat dibayangkan, tidak lagi perlu kedapur menuang madu yg melekit2 untuk diminum.
Hanya buka botol dan terus bubuh pil madu kemulut tanpa lekit di jari.

Saya suka..

Sunday

Pasti Memuaskan Walaupun Ringkas..

Beriani JM selalu mendapat sambutan pengunjung untuk menghadziri majlis. Kualiti yang sentiasa di jaga rapi & rasa yang lazat memberi kepuasan dari tetamu.
Menu ringkas:
1. Nasi Beriani Kosong
2. Ayam Masak Beriani/Goreng Berempah/ Masak Merah
3. Dalca
4. Acar
5. Poppadom
6. Pudding
7. Air Sirap Bandung


Jamuan Nasi Beriani Ringkas
Yang Pasti Memuaskan Setiap Tetamu Katering..



Untuk melengkapkan majlis, cenderahati berupa kueh2 dari chocolate atau sepotong kek Lapis memberi kenangan istimewa terhadap majlis yang di anjurkan.


Cenderahati (door-gift)
Empat jenis Chocolate atau Kek Lapis pasti menawan kenangan.


Istiadat majlis perlu dirancang dengan rapi. Memilih katering beriani lazat JM, melegakan 'tuan rumah' dari keresahan dan kemungkinan terhadap makanan jamuan yang sememangnya amat penting bagi setiap majlis.

JM Bariani House Puchong : Great place for Family Meal, The delicious beriani.

Update Alert

Subscribe to updates