Suria KLCC, tempat membeli-belah yang berada di tengah2 bandaraya Kuala Lumpur, dengan kedai2 berjenama dan bertaraf antarabangsa dikunjungi oleh pelawat dari luar dan dalam negara, dan termasuk mereka yang berkerja di Menara Kembar Petronas. Kemudahan keretapi aliran ringan menyenangkan pelawat2 berkunjung ke ke KLCC.
Medan Makan (foodcourt) Tingkat empat Suria KLCC berdekatan Petronas Petrosains, merupakan tempat makan popular di KLCC dan di kawasan berhampirannya.
Memang senang mencari tempat Nasi Beriani Johor, yang menghadap lift dan juga dihadapan sekali, bersama tempat air & buah2an.
Meja2 makan disusun dengan selesa dengan ruang laluan yang luas dan lapang.Pengunjung berjuadah dalam suasana tenang, berhawa dingin & bersih.
Senang mencari kiosk Nasi Beriani Johor perpandukan tiang berhiaskan mosaic merah, putih dan kuning. Tiang ini juga boleh dilihat dari Petronas Petrosains.
Kiosk Suria KLCC ini banyak menerima pesanan Nasi Beriani Bungkus dari pengunjung untuk dibawa balik atau untuk hidangan semasa mesyuarat di pejabat2 dalam dan luar Menara Kembar Petronas. Juga boleh menerima pesanan katering dari 30pax keatas.
Untuk maklumat lanjut, sila tel: 0380767269 0122005681 atau email jmboulevardpuchong@gmail.com
tahniah BUat JM dengan pembukaan OUTLET yang baru....
ReplyDeletethanks Dila.. kalau di KLCC..datang2 la makan situ..
ReplyDelete